Mungkin masih ramai yang menganggap pdf hanya boleh dibuat menggunakan program berbayar Adobe Acrobat sahaja. Sebenarnya pdf amat mudah dibuat serta tidak memerlukan program berbayar. Disini saya menyenaraikan beberapa cara mudah untuk menghasilkan pdf
1. doPDF
doPDF akan memasang virtual printer tapi bukan untuk mencetak ke mesin pencetak tetapi akan mencetak dokumen anda kepada fail pdf.
- Taip dokumen atau ebook dalam word processor seperti Microsoft Office atau OpenOffice.
- Tekan print dan pilih doPDF sebagai printer.
- Dokumen/ebook anda akan disimpan dlm fail pdf.
Download di http://www.dopdf.com/
2. 2007 Microsoft Office Add-in: Microsoft Save as PDF or XPS
Jika anda mempunyai Microsoft Office 2007, anda boleh memuatturun add-in yang membolehkan anda menyimpan dokumen dalam format pdf terus.
Download di Microsoft Download Center
Kedua-dua program diatas adalah percuma.
Anda mempunyai cara lain?


Tutorial
Ebook
Aplikasi Web
Software
RSS